Sejak belakangan ini, jika diperhatikan ramai umat islam yang sering mendedahkan aurat. Kebanyakan mereka bangga dengan kecantikan rupa paras sehingga berbangga mendedahkannya dikhalayak ramai. Apa yang sebenarnya yang dikejarkan mereka ini hanyalah publisiti murahan sahaja. Mereka berbangga mengikut trend masa kini yang mengikut cara hidup barat sehingga melupakan soal aurat yang patut di jaga seperti mutiara. berikut sebagai renungan :
1) Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah dimusim hampir hari raya.
2) Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.
3) Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.
4) Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. . Mengapa ribuan bapa yang memenuhi majid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal jenerasi yang akan berpakain baju dalam dan seluar dalam dimasa akan datang.
(disunting daripada laman web: iluvislam)
Menutup aurat adalah penting bagi menjaga diri seseorang itu tambahan pula ianya merupakan satu perintah dari Allah swt. Ianya wajib diikuti oleh orang yang bergelar islam. Seperti mana sabda nabi saw : “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)
Diceritakan pula dalam hadis lain sabda rasulullah saw yang berbunyi "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)